Tuesday, April 5, 2011

Taman Alam

Taman Alam Kuala Selangor telah dibuka pada tahun 1987. Berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada 2 bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Taman ini dibawah pengurusan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Oleh sebab itu keindahan alam semulajadinya terus kekal tanpa sebarang gangguan yang boleh merosakkan habitat yang menjadi penghuni setia di sini.



Taman Ikan Air Tawar juga terdapat di sini.


Pelbagai kemudahan disediakan di sini.


Laluan Alam sejauh 4.5 km yang memakan masa sekurang-kurangnya 2 jam dengan berjalan kaki. Anda juga boleh berbasikal di sini.






Salah satu daripada aktiviti yang menarik di Taman Alam ini ialah meyaksikan pelbagai spesis burung dari dalam dan luar negara. Untuk mengikuti aktiviti ini anda harus mempunyai teropong dan sudah tentunya kamera untuk tidak melepaskan peluang merakamkan gambar burung-burung yang cantik atau saat-saat manis anda. Pastinya anda akan terpegun dan leka seketika apabila menyaksikan berbagai gelagat burung di alam semulajadi. Beberapa buah pondok khas dibina untuk memberi kemudahan kepada para pengunjung yang berminat menyaksikan keriangan mergastua yang beterbangan bebas. Hujung minggu sudah tentu lebih bermakna dan memberi anda suatu pengalaman yang baru jika anda bersama teman atau keluarga berkunjung ke taman ini.


Terdapat 3 buah menara setinggi 3 tingkat di sini untuk memudahkan pengunjung melihat kawasan sekeliling dan melihat burung-burung yang banyak terdapat di kawasan ini.




Bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar, sudah pastinya kunjungan anda ke Taman Alam Kuala Selangor tidak mengecewakan. Hutan paya bakau yang terbentang seluas 95 hektar menanti untuk diredah dan membongkar segala rahsia dan misteri. Hutan paya bakau di sini bukan sahaja berfungsi sebagai pengekal ekosistem malah turut menjadi habitat semulajadi kepada berbagai jenis haiwan liar di taman ini. Pokok-pokok kayu bakau yang hidup subur disini yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri disamping ketahanannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Oleh yang demikian hutan ini berbeza dari hutan hujan tropika sudah tentu akan mencabar fizikal, semangat dan mental anda.

Laluan Bakau




Antara spesis burung yang terdapat di sini.