Sunday, January 29, 2012

Penebang | Woodcutter Group

Tajuk ini merupakan tugasan terakhir saya sebagai seorang pelajar sarjana muda di UiTM Shah Alam. “Penebang” merupakan sebuah dokumentari yang menggunakan teknik ethnography dalam menghasilkan imej-imej photojournalism. Dokumentari ini menceritakan kehidupan seharian sekumpulan penebang yang terdapat di Malaysia.














Kumpulan penebang ini akan tinggal di kawasan ladang tersebut sepanjang aktiviti penebangan ini dijalankan. Kebiasaannya, mereka akan tinggal selama seminggu untuk kawasan ladang yang berkeluasan satu ekar persegi.













Kumpulan ini akan menjalankan aktiviti penebangan di kawasan-kawasan ladang yang ingin dibersihkan untuk tujuan penanaman semula. Kumpulan penebang ini mempunyai ahli pekerja seramai 7 hingga 10 orang.

















Saya telah tinggal bersama kumpulan penebang ini sepanjang menjalankan kajian ini.





























Pekerja-pekerja dalam kumpulan ini pula kebanyakkannya berasal dari negara jiran iaitu Indonesia. Dalam menjalankan aktiviti penebangan ini, mereka cuma menggunakan mesin-mesin ringgan sahaja. Tiada penggunaan jentera berat seperti jentolak dan sebagainya. Perkara ini bertujuan untuk menjaga keadaan tanah pertanian tersebut yang akan digunakan untuk penanaman semula.





































Daripada dokumentari ini, masyarakat akan dapat melihat kerjaya yang terdapat di kawasan perladangan selain daripada pertanian sahaja. Perkara ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat kampung dan dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.