Tuesday, June 18, 2013

Trailer Gabai The Movie



Video rakam dan edit suka-suka bersama aksi menarik di Air Terjun Gabai.

Selamat menonton..!!!

Majlis Perkahwinan Kak Ija dan Abang Fendi



Video Perkahwinan Kak Ija dan Abg Fendi.

Camera   : Canon EOS 1100D
Tripod    : Tripod percuma beli camera bersama lengan yang gagah.. hehe..
Software : Edius Neo Pro
Muzik     : Sedetik Lebih - Anuar Zain dan Adira (Youtube)
Kos       : Tenaga dan ilham

Short Film by Sufian Junaidi "Bumbung 1 Malaysia"



Filem pendek ini mengisahkan tiga bangsa yang berkongsi di bawah satu bumbung. Mereka ialah cikgu perempuan berbangsa Melayu, tukang sapu berbangsa India, dan pelajar berbangsa Cina. Terdapat drama yang berunsurkan kerjasama antara mereka yang boleh kita lihat melalui film pendek ini.

Filem ini dihasilkan untuk pertandingan filem pendek anjuran Panasonic iaitu Panasonic Film Festival 2010. Namun filem pendek ini hanya mendapat kedudukan dalam top 10 sahaja. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat yang terbaik, namun melalui filem ini, pelbagai pengalaman dapat dilalui oleh krew yang terlibat. Ini kerana cuma seramai 3 orang krew sahaja yang terlibat menghasilkan filem ini dan 3 orang pelakon sahaja. Antara kesukaran yang dilalui dalam menghasilkan filem pendek ini ialah sumber kewangan, kemudahan pengambaran, dan lokasi pengambaran. Namun, kami mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak Bomba dan penyelamat untuk menghasilkan hujan.

Selamat menonton.. ^_^